Tuesday, 18 August 2015

Saranan dan Pandangan: Pemacu Perpaduan

Asalamualaikum dan selamat sejahtera...

Tidak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan dan seperti biasa kita akan lihat beberapa siaran televisyen yang memaparkan aktiviti kemerdekaan. Kebiasaanya kita akan melihat pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan mengikut kaum dan bangsa. Kita selalu bercakap tentang perpaduan di Malaysia yang semakin terhakis namun apakah tindakan yang biasanya diberikan dan adakah ianya berkesan setakat ini?

Berikut merupakan idea saya bagi mengeratkan serta meningkatkan perpaduan kaum.

SETIAP KAUM MEMPERSEMBAHKAN TARIAN YANG BERLAINAN

Idea ini datangnya daripada perbualan antara saya dan rakan saya yang beragama Hindu. Kami membincangkan tentang risiko kepincangan antara kaum di Malaysia dan kesan-kesannya kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Tambahan pula dengan adanya kemajuan media massa,pelbagai tohmahan dan hasutan boleh disebarkan oleh pelbagai pihak. Oleh itu,idea dan tindakan yang betul boleh membawa kepada penyelesaian masalah.

Idea yang akan saya sampaikan ialah setiap kaum boleh mempelajari tarian kebudayaan kaum lain dengan harapan untuk mengeratkan dan meningkatkan silaturahim. Setiap tahun kita pasti akan dipaparkan dengan tarian yang pelbagai mengikut kaum. Apa kata kali ini kita cuba buat sesuatu yang boleh memberi kelainan iaitu apa kata kita cuba laksanakan idea yang saya sampaikan ini dan lihat hasilnya.

Jika anda ada cadangan dan pandangan,sila komen dan kongsi.

Tuesday, 28 April 2015

Babak 1: Antara saya dan kita

Asalamualaikum,
Selamat Sejahtera buat pelawat blog ini.

Saya ingin bercerita sedikit tentang penubuhan blog ini. Blog ini ditubuhkan khas untuk pencinta Ilmu. Saya bukan cakap tentang 1 ilmu,2 ilmu atau 3 ilmu, saya cakap tentang semua ilmu. Kita saling berkongsi ilmu dan Insyallah, kita akan jadi golongan yang berilmu dan tidak mudah tertipu dengan tipu daya dunia.

Sekian
Terima Kasih